Pada 25 hb Ogos, merupakan hari yang bersejarah buat aku sebab hari ini aku akan attend for the 1st time booth @ PERHEBAT..... kira mencabar jugak ler..... sebab....
- Kali pertama aku akan live dengan prospek yang aku tak kenal langsung
- Kebanyakan anggota yang ada di sini terdiri dari bakal pesara dan bakal menamatkan perkhidmatan dari Angkatan Tentera Malaysia
- Kebanyakan anggota TUDM, memang aku kenal...... malu ada...segan pun ada..hihihhi
- Aku bawak downline aku, nak expose dia.....kunun, padahal aku pun first time jugak
Awal2 pagi aku dah stand by, tunggu Man Bird (upline aku ler nii...) sampai... dalam pukul 0830HRS baru ler dia sampai kat rumah aku. Lepas tu tunggu downline aku laks..... BOSS panggil mamat ni laks, semalam aku dah declare standown kat dia atas dasar dia ambik standown dia yang sudah lama terperam dalam "buku log" aku. Memang setiap stand down yang budak2 aku dapat, aku perap utk benda2 yang sebegini....mengkalu ada masalah...tak payah dok ambik cuti... ambik jer stand down depa tu...... hihihihi
Tunggu punya tunggu at last dia sampai... siap beli kasut baru lagi kat "JUBOX" Subang Perdana....cisssss patut ler lambattttt.... Sebenarnyer ada dua orang lagi kaum hawa yang ikut kami....tapi stendet mak orang ler....
Dalam kes ni, aku sebenarnya sengaja mencabar diri aku sendiri... sengaja nak buang perasaan malu aku.... mula-mula aku "jem" jugak camner nak "terepa" atau orang sini panggil serbu, sudah ler sampai dalam pukul 1100HRS, baru nak dapat skill memancing dah nak tutup karnival...alahai.....at least aku dapat juga skill memancing prospek di tengah2 lautan manusia...... errrrr bukan senang beb!!!!
Dalam dok kelam kelibut tu tiba-tiba aku dapat panggilan daripada ETIQA AGENSI TAKAFUL yang memaklumkan tentang keputusan exam yang aku attend kat Sekolah St John bukit nenas tempohari. Alhamdulillah aku lulus.....
Sebenarnya aku dah prepare untuk seat exam kali kedua.... Al maklum ler baca soalan tahun lepas jer..... harapkan attend kelas yang Encik Rasid ajar jer.... Soalan yang keluar pulak tu tak dak kena mengena dengan soalan yang dapat daripada agensi...... syukur aku pada Mu Ya Allah.....kerana permudahkan kerja ini, thank you Allah....thank you Allah...... Amin.
Walaupun dalam masa yang singkat, dapat juga kami 4 kes, tetapi kami semua 5 orang .....camner ni.... oleh kerana downline aku masih belum ada id lagi....so aku ketepi dahulu beliau... bukan selamanyer.... tetapi sementara waktu jer.... aku berjanji aku dapatkan kes utk beliau.....janji beb....beresssss..... aku berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh beliau.... kalau kerja maintain pasti suatu hari beliau akan berjaya. Amin.
syukur alhamdulillah..........