Dimulai dgn alhamdulillah...sbb blog ni masih lagi aku dok rajin.....sementara rajin ni ler aku sentiasa updatekan blog aku.....hihihihi. Masuk ni dah hampir 4 kali aku dok tukar tajuk....rasanyer masih belum sesuai lagi tajuk blog ni dgn apa yang aku nak sampaikan....... aku lebih selesa blog ni aku jadikan seperti dairy...... seperti jer...bukan dairy....jgn salah faham.
pembahagian % yang sangat baik....hihihihi
so....berbalik kepada apa kerja yang akan aku lakukan sebaik selepas bersara...... aku sentiasa bertanya kepada sesiapa otai yg singgah kt opis aku dan yg akan bersara....macam aku......atau yang telah bersara dan berjaya dalam kerjaya..... juga bakal macam aku nanti...... macam2 idea aku dapat ada yg berguna..... ada yg aku tak terfikir langsung iaitu sesuatu yg amat kreatif idea2 dorang..... ada tu suruh aku buat usahakan buat "taugeh"...fikir macam lawak...bila di dalami....ada juga betul nyer...... walau bagaimana pun berikut adalah senarai pendek projek2 yg akan atau bakal aku usahakan.....
1. Company utk baik pulih dan supply (ni sahabat aku suggest....dia akan bawa dan guna syarikat aku utk melawan tender so kalau aku boleh buat aku handle projek tesebut atau jika sesuatu projek aku tak mampu lakukan beliau akan tanggung pembiayaan tersebut dan aku hanya akan diberi 30% sebagai saguhati guna company aku.
2. Sykt utk supply saja barangan atau peralatan tanpa melakukan apa-apa pembaikan. Ini aku rasa lebih rilex dan tenang.
3. Membuat single Agent dengan salah satu company yg aku dah deal dengan ceo syarikat tersebut.
4. Tender dengan salah satu syarikat corporat sebagai sub kontraktor utk maintenance generator dan menata pemancar.
5. Safety & Health Officer
6. Vokasional Training Officer
7. KLIA/ berkerja dengan mana2 kontraktor yang terlibat dgn pembaikan.
.....bukan aku tak mahu kerja2 yg lain .....takan aku nak buat kerja2 berat, remeh dan berserabut. Al maklum ler orang pencen. Biarlah ada masa masa aku bersama family, ada masa untuk buat amal ibadat, ada masa untuk membuat apa yang aku tak boleh buat masa dalam servis dahulu........
errrr....remehnyer kerje...remeh kerr....
....tiba-tiba pada 4hb july, sorang sahabat aku yang akan bersara bersama...datang lepak kt opis aku......hmmmmm aku cam biasa akan bertanya, "apa projek hang lepas retired nanti"....jawapan mamat ni membuatkan aku termenung sejenak......apakah yg sahabat aku ni jawab......tungguuuuuuuuuuuuuu