Friday, 16 September 2011

BORANG BARU..................

      Sejahtera ke atas kalian, baru baru ini aku ke opis Etiqa Takaful submit satu form, rupa2 nyer kena guna borang baru...sebab produk baru yang di war-warkan dah boleh jual... so kena ler lagi aku isi borang sekali lagi....

     Hari tu jugak aku dapat baju bertemakan Etiqa Takaful Ahli Kumpulan Maybank atas insentif aku mendapatkan customer seramai 5 org pada bulan pertama aku meyertai Etiqa ni... dan hari ini jugak ler GAM (Group Agency Manager) telah menyerahkan pass Authority sebagai Agen Bertauliah untuk Etiqa Takaful......errr bermakna secara automatiknyer.... aku dah establish ler sebagai agent.... 
     Sebentar tadi tiba-tiba agen aku call memaklumkan sudah 2 orang yang sudah sign borang yang masing2 membeli polisi bernilai RM100.00... aku sangat berbangga dengan beliau kerana sebelum ni ada kata-kata yang kurang sedap didengar tentang beliau yang mengatakan si Awe ni macam2 program atau MLM dia join.... tapi satu apa pun tidak bergerak...keras macam tu jer...... dengan kejayaan beliau ini aku berharap orang2 lain akan membuka mata dan dapat memberi banyak dorongan peransang kepada beliau sendiri agar berusaha dengan lebih lagi....
      Dalam minggu lepas, aku kena attend Meeting di MLU, KL Base so aku deside untuk pergi dengan motosikal sendiri......bukan apa ...sebab nak menyelam sambil minum air...sambil attend meeting..sambil nak cari prospek.... tapi nasib tidak menyebelahi saya sebab hujan.... sampai petang dan aku balik dalam keadaan "lokoih"....mean lencun.So satu hape pun tak dapat..... rezeki ler....
      Hari Jumaat aku terpaksa balik kampung sekali lagi sebab ambil adik ipar aku balik ke Shah Alam sebab beliau bersekolah di sini. Dalam sehari aku balik tu sempat juga ler aku "karau" sorang prospek...jadi ler... dapat ler juga sorang prospek.... jap lagi nak submit borang......JOM

PENGAJARAN: SETIAP MASA DAN DIMANA SAJA TEMPAT, JUALAN BOLEH DILAKUKAN... ASAL JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG ADA.....

No comments:

Post a Comment