ok ler, aku ni background dalam engineering side, dan sebagai intro aku akan bersara pada tahun depan... iaitu tahun 2012, niat di hati nak sambung 25 tahun servis, tapi terdapat beberapa permasalahan yg membuatkan aku menamatkan perkhidmatan hanya pada 22 tahun....so, itu bermakna umur aku hanya 41 tahun pada tahun aku akan bersara.....
Dalam umur yg sebegini, aku tak boleh dok goyang kaki sajer, sbb akan cepat ler penyakit yang mariiii...... anak2 pun masih bersekolah dan memerlukan perhatian dari segi mentality, sokongan dan sudah tentu ler financing....
Aku pulak takkan nak jadi "suri rumah" plakkk, anak kecik pun tak der..... mau jadi "kemasai" sbb tidoq banyak.... kadang2 aku jadi takut nak menghadapi dunia persaraan.... tapi lain pulak aku dengaq dr otai2 bila tanya depa.... "ko jgn takut, rezeki ada dimana2"
Aku punya plan, malas dah nak mengadap kerja yg aku dok involve selama ini, kerja tu kira last choice ler... dah muak dah, nk teroka bidang baru..... yg lebih rilex, lebih income dan lebih masa bersama famili (perhhhh..... macam bagus..ada ker keje yg macam tu...)
kerja...oh..kerja

No comments:
Post a Comment